FARHANA C12A057


.



Ini adalah Poster filem The Croods yang sangat menarik.Pelbagai warna digunakan untuk menarik hati penonton yang bakal menonton cerita ini.Melalui poster yang pelbagai warna ini juga menggunakan penegasan animasi diletakkan dihadapan poster supaya ia mampu menarik minat audien untuk melihat cerita ini.
Bentuk yang digunakan dalam poster ini sangat menarik kerana menggunakan pelbagai bentuk seperti bentuk mata, bentuk mulut, dan bentuk hidung untuk menghasilkan ekspresi muka dalam setiap watak yang dihasilkan.Penggunaan pelbagai warna menimbulkan kesan harmoni.Keseimbangan dalam poster ini pula dapat dilihat pada kesemua objek yang berbentuk manusia (kartun) diletakkan dibarisan bawah poster melihatkan keseimbangan dalam poster ini. Selain itu, pokok-pokok yang diletak dikanan kiri poster menambahkan lagi keseimbangan dalam poster ini.Perspektif warna iaitu penggunaan warna cerah untuk warna dibahagian atas poster dan penggunaan warna gelap dibahagan bawah menampakkan lagi perbezaan situasi dan tempat.

Apabila melihat keseluruhan gambar ini, saya berasa teruja untuk melihat cerita ini. Poster ini berjaya membuatkan hati penonton tidak sabar untuk menyaksikannya.Selain itu, cara penyusunan gambar juga sangat penting untuk kesan menarik dalam keseluruhan poster.Objek yang digunakan untuk menghasilkan poster ini adalah pelbagai saiz. Dari saiz anak kecil, orang dewasa, orang tua, haiwan kecil dan haiwan besar. Hal ini dapat menghasilkan kontra antara sesame objek.Olahan karya dalam hal ini juga harus diwujudkan agar audien dapat menilai karya ini dengan positif.Penyampaian cerita dalam bentuk poster sangat penting dan harus menepati cerita tersebut bagi menyampaikan kepada audien secara ringkas tentang cerita tersebut secara terang.Keseluruhannya, poster ini berjaya menarik perhatian saya dan saya dapat mahami keadaan cerita melalui poster ini.



Poster “Kolumpo” amat menarik perhatian kerana pernggunaan warna-warna asas sebagai warna utama dalam penghasilan poster ini.Mungkin untuk menceritakan tiga buah cerita yang berbeza dalam tempat sama.Warna kuning sebagai warna sederhana, warna biru sebagai warna sejuk dan warna merah sebagai warna panas.
 Penggunaan warna asas pada karya ini menimbulkan kesan sangat mendalam pada audien. Ketiga-tiga warna yang digunakan adalah warna asas iaitu merah, biru dan kuning. Keseimbangan pula dalam karya ini keseimbangan dihasilkan melalui kotak yang berisikan warna asas. Pembahagian tiga perbezaan warna menghasilkan keseimbangan dalam poster ini. Dalam hal ini, poster ini kelihatan seimbang kerana penyusunan gambar secara mengak dan sama.
Apabila melihat poster ini saya berasa ingin tahu jalan cerita kerana melalui poster ini terdapat tiga warna yang berbeza, watak yang berbeza dan semestinya ceritanya juga berlainan.Selain itu, mimik muka yang dibawa oleh setiap watak pada setiap menghasilkan kaitan dengan warna yang digunakan

Olahan karya dalam hal benda juga harus diwujudkan agar audien dapat menilai karya ini dengan positif.Pengkarya yang menghasilkan poster cerita ini juga telah berhasil menarik audien untuk bersama-sama menonton cerita ini kerana sifat.



Poster ini sangat simple dan sangat mendalam apa yang cuba disampaikan dari cerita tersebut. Filem The Eye ini adalah cerita genre seram.Jika dilihat dari posternya sahaja kita sudah tahu cerita ini adalah cerita seram.Keadaan mata yang terbeliak dan ada tangan yang keluar dari mata tersebut menampakkan lagi keseraman jalan cerita ini.

Penggunaan warna dalam karya sangat dominan iaitu warna coklat gelap dan putih sahaja.
Keseimbangan dalam poster ini sangat seimbang kerana hanya ada satu mata ditengah-tengah poster dan saiznya yang besar.Penggunaan cahaya yang diarahkan dari arah atas kerana kelihatan terang diatas mata dan gelap dibawah mata. Hal ini juga untuk menimbulkan kesan suram dan suasana ketakutan.

Apabila melihat poster ini saya berasa ingin tahu dan saya dapat merasakan suasana seram cerita ini.Selain itu, penggunaan warna juga sangat penting kerana penggunaan warna yang suram untuk poster menonjolkan lagi jalan cerita melalui poster tersebut.Olahan karya dalam hal benda juga harus diwujudkan agar audien dapat menilai karya ini dengan positif.






SUMBER : FILEM ‘LAGENDA BUDAK SETAN’ 2010
 Dalam poster terdapat lima gambar manusia yang menggunakan latar belakang yang berbeza dan juga warna yang berbeza. Lisa Surihani dan Farid Kamil sebangai ‘point’ dalam poster ini kerana gambar mereka lebih besar dan di letakkan di bahagian atas. Penggunaan wahaya dan warna yang cerah telah menyerlahkan lagi suasana dalam poster tersebut.
Pada pendapat saya, poster tersebut kurang seimbang kerana sebelah kiri poster cuma ada satu gambar lelaki tetapi sebelah kanan poster ada dua gambar perempuan. Selain itu, poster ini terlalu sarat dengan tulisan. Sepatutnya tulisan haruslah di kurangkan kerana ini poster filem bukannya poster untuk typografi. Walaubagaimanapun, penggunaan warna sangat menarik. Warna yang cerah menampakkan kebahagiaan pada wajah watak-watak yang ada dalam filem ini.
Olahan karya ini memang sesuai di buat dan di pertontonkan kepada umum namun gambar lelaki dan perempuan di bahagian atas kurang sesuai untuk di lihat oleh kanak-kanak. Tetapi penggunaan teknik persembahan ini memang menarik.


SUMBER : FILEM ‘OMBAK RINDU’ 2011

Poster ini di olah dengan menggunakan gambar-gambar pelakon cerita tersebut. Dalam poster teerdapat empat gambar manusia iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Terdapat juga gambar ulangan tetapi dikenakan dengan kapasiti warna yang gelap dan sesuai dengan latar belakang poster tersebut iaitu sumber matahari terbenam pada waktu senja.

Penggunaan warna, poster ini nampak menarik dengan berlatar belakangkan waktu senja. Dalam keadaan yang hampir gelap, terdapat dua susuk tubuh yang diletakkan sebagai ‘point’ dan di gelapakan. Hanya menampakkan susuk tubuh seeorang perempuan dan seorang lelaki sahaja. Disamping itu, poster ini juga seimbang kerana empat gambar di atas di susun dengan kemas dan sekata juga mengikut jantinanya. Tulisan tajuk filem di letakkan di tengah-tengah juga seesuai dan menarik. Sekali pandang akan terbaca terus tajuk filem tersebut.
Poster ini boleh dikatakan lebih menarik dari poster yang lain sebagai contoh poster filem Ular. Hal ini kerana, poster filem tersebut sarat dengan gambar ular yang sanagt besar dan kurang menggunakan objek atau imej yang lain. Poster filem Ombak Rindu ini lebih cantik dan kita boleh mengenalpasti genre cerita ini dengan melihat poster ini.
Olahan karya untuk poster ini memang harus di buat agar penonton leboh selesa dan sudah mengetahui filem apa yang ingin mereka lihat. Di samping itu, poster file mini sessuai di lihat oleh semua lapisan umur.




SUMBER : THEREDLIST,SANDY SKOGLUND
 Dalam  gambar di atas banyak anak-anak burung yang berwarna kuning. Lebih dari 20 ekor anak burung. Anak-anak burung berada di atas dahan pokok yang berwarna hijau. Terdapat juga latar belakang berwarna biru terang dan biru muda serta warna putih. Point dalam gambar di atas ialah anak-anak burung yang banyak.

Didalam gambar di atas , saya dapati karya ini mengguna kan prinsip pengulangan. Iaitu menggunakan banyak anak-anak burung serta semu menggunakan warna yang sama. Karya ini juga harmoni kerana menggunakan warna-warna yang menyerlahkan anak burung dan latar belakang yang tidak menggunakan warna yang terlalu pekat. Dahan juga sesuai dengan warna hijau dan menampakkan lagi point karya iaitu anak-anak burung. Idea asal karya ini ialah lukisan anak-anak burung. karya ini berbeza dengan karya Sandy Skoglund yang lain iaitu Hangers, walaupun menggunakan prinsip yang sama iaitu pengulangan tetapi karya ini lebih bersifat kepada flora dan fauna. Ia sangat mendamaikan dan memberi impak yang baik kepada orang yang melihatnya.
Gambar ini memberi gambaran yang baik kepada masyarakat agar menyayangi haiwan dan tidak membunuh mereka. Haiwan adalah ciptaan yang menarik dan Nampak penyayang terutama anak-anak burung di atas .

SUMBER : FRESH, SANDY SKOGLUND
Karya ini saya kira hamoni kerana menggunakan warna yang tidak terlalu terang dan setiap warna memainkan peeranan tersendiri dalam menyerlahkan mutu karya tersebut.

Seperti yang kita lihat di atas, terdapat Sembilan bilangan manusia, seekor anjing dan lima batang pokok. Batang – batang pokok di atas menyerupai badan manusia. Ia seperti kawasan rekreasi manusia untuk menghabiskan masa lapang mereka dengan berjalan-jalan bersama keluarga mereka dan haiwan peliharaan mereka.Saya anggap karya ini bermaksud pokok-pokok menyerupai manusia kerana memahami manusia pada masa-masa lapang mereka dengan menjadi teman kepada manusia serta memberi ketenangan .

Karya ini menggunakan teknik pengulangan pada  latar belakang gambar. Ia  seolah-olah mengulang daun-daun yang ada di tanah dan mengulangkan lukisan awan biru sebagai latar belakang karya ini. Seterusnya, bagi saya karya ini seimbang. Ini kerana karya lebih harmoni dan hasil karya tidak seperti berat . semua yang ada dalam karya kelihatan tenang dan sempurna. Karya Sandy Skoglund ini lebih harmoni dan tenang berbanding karya nya iaitu REVENGE OF GODFISH. Ia lebih kepada kemanusiaan dan lebih sejuk mata memandang dan lebih menarik untuk di lihat.Pada pendapat saya, karya ini boleh di pamerkan sebagai inspirasi kepada artis lain kerana karya ini Nampak matang dan tidak memberi impak yang negative kepada orang yang melihatnya.

SUMBER : SANDY SKOGLUND, HANGERS,1979
 Di dalam gambar terdapat banyak ‘hanger’. Point dalam gambar ini yang hendak   di focus kan ialah hanger kerana tajuk lukisan ini ialah ‘hanger’. Selain itu, dalam lukisan juga ada dua buah kerusi kuning , satu tong berisi cat dan seorang manusia lelaki yang membuka pintu. Dinding diwarnai dengan warna kuning dan lantai dengan warna merah jambu. Orang itu juga menggunakan baju berwarna kuning seperti baju tidur. Terdapat juga ‘hanger’ yang di letakkan di atas kerusi.
 Dalam lukisan di atas menggunakan elemen ‘pengulangan’. Kalau di lihat gambar di atas,        lukisan ‘hanger; yang pelbagai saiz di lukis berulang-ulang di dinding dan di lantai rumah. Selain itu, karya ini juga tidak seimbang, ini kerana karya ini lukisan nya lebih berat kepada hangers sahaja.

 Karya ini kurang menrik daripada karya Sandy Skoglund yang lain. Ini kerana karya ini agak suram dan kurang menarik minat. Karya nya yang lain seperti fox masih boleh dikatakan menarik kerana menggunakan warna yang harmoni dan seimbang.
 Bagi gambar di atas, ia memberi gambaran yang buruk kepada masyarakat jika gambar itu benar-benar bermaksud ingin menunjukkan yang bilik itu bersepah dan tidak di kemaskan. Sikap malas tidak elok di amalkan dan kehidupan juga menjadi tidak sihat.



SUMBER : WEDDING, SANDY SKOGLUND

  Dalam karya di atas terdapat dua figura manusia yang mana saya kira sebagai suami dan isteri. Dalam karya juga terdapat lebih daripada seeratus kuntum bunga ros yang mana menjadi latar belakang kepada karya di atas. Terdapat juga empat tingkat kek perkahwinan yang juga berwarna merah sama seperti pakaian pengantin dan warna cat dinding bilik, warna kek dan warna kain alas meja. Lantai dan kuntuman rose sahaj berwarna lain. Karya ini seperti mencerita kan pasangan pengantin yang baru berkahwin dan sedang bergerak kearah satu sama lain setelah selesai upacara majlis perkahwinaan mereka.
 Karya menggunakan warna yang tidak harmoni kerana warna pakaian pengantin sama dengan warna kek, dinding dan meja. Hal ini tidak menyerlahkan pengantin sebagai objek pada karya di atas. Selain itu, karya ini juga menggunakan unsur pengulangan kepada kutuman Bunga rose yang kuantiti nya lebih daripada seratus. Karya ini juga tidak seimbang dan tidak bersatu.
 Karya Sandy Skoglund ini kurang menarik berbanding karya nya yang lain. Mungkin di sebabkan penggunaan warna yang kurang bijak dan keaadan gambar yang suram serta tidak harmoni .
 Karya ini boleh sahaja di tayang kan kepada umum kerana tidak mendatangkan unsur negative serta tidak mempunyai nilai-nilai yang tidak sepatutnya walaupun karya ini kurang harmoni dan kurang menarik.


No comments:

Post a Comment