SITI NAZWA C12A405



   Gambar di atas merupakan hasil karya Cynthia Sheppard yang bertajuk “half her hearts duet”.Dalam karya tersebut,terdapat figura seorang gadis memakai gaun dan bermain alat muzik.Kelihatan juga kertas-kertas berterbangan di sekeliling gadis tersebut.Jika dilihat,situasi tersebut berlaku pada waktu senja di kawasan ladang pertanian.Terdapat sebuah rumah di bahagian belakang wanita itu.
      Dari segi analisis pula,warna panas mendominasi ruang iaitu warna jingga dan merah.Melalui penggunaan warna panas,ini menimbulkan ton yang menarik dalam karya.Terdapat juga unsur kontra dalam karya ini.Unsur kontra wujud pada bentuk kertas dan bentuk manusia.Kedua-duanya adalah berlainan dan bertentangan bagi menghasilkan bentuk yang berbeza.
      Seterusnya,dalam karya di atas wujudnya bentuk ilusi.Bentuk ilusi adalah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni.Sebagai contoh,bentuk figura gadis tersebut tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.Ini yang dipanggil bentuk ilusi.Selain itu,terdapat juga penggunaan unsur garisan yang pelbagai dalam karya ini.Sebagai contoh,garisan beralun digunakan pada bahagian rambut gadis tersebut.Garisan halus pula digunakan bagi menghasilkan tali pada alat muzik.





Pengkarya: Jaafar Taib
Tajuk : Sang Juara
Media : akrilik

      Pengkarya melihat pemandangan hutan menjadi tarikan untuk dirakam diatas kanvas menggunakan media akrilik.Catan yang dihasilkan ini merupakan bertemakan realistik.Jaafar Taib melihat ayam hutan merupakan ikon yang sesuai untuk menyampaikan mesej yang hendak beliau sampaikan.
Melalui pendekatan secara diskripsi terhadap karya tersebut ialah dalam karya tersebut terdapat seekor ayam jantan yang berdiri megah diatas tunggul kayu balak. Karya ini berlatarbelakangkan suasana hutan yang sudah diteroka , hal ini pokok-pokok yang keliatan kejauhan disamping tunggul kayu yang telah ditebang. Figura ayam tersebut merupakan ayam yang berani, hal ini dijelaskan melalui tajuk karya tersebut iaitu ”Sang Juara”.
     Melalui pendekatan analisis pula, karya tersebut dihasilkan dengan penuh ketelitian.Hal ini adalah kerana kehalusan garisan yang terdapat pada bahagian bulu ayam tersebut.Jalinan yang terdapat pada bahagian bulu ayam tersebut telah berjaya menimbulkan pergerakan pada bahagian bulu figura ayam hutan tersebut.Selain daripada itu, dalam usaha menjadikan karya tersebut kelihatan lebih nyata.Pengkarya telah menjatuhkan sinaran cahaya matahari terhadap bulu ayam tersebut.Situasi ini telah berjaya menjadikan karya tersebut kelihatan seakan-akan nyata. Setiap unsur seni telah digarapkan dengan  sempurna dalam catan ini.

     Melalui pendekatan interpretasi terhadap karya tersebut iaitu mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah tentang penerokaan hutan yang telah berlaku secara berleluasa .Hal ini jelas ditunjukkan pengkarya dengan menggunakan ikonografi ayam hutan jantan yang diletakkan diatas tunggul pokok balak dikawasan hutan yang telah diterangkan.Penerokaan hutan yang dapat dilihat pada tunggul pokok, bulu ayam yang menerima banyak cahaya dan juga pada pokok yang diletakkaan kejauhan dari ayam utan tersebut.







     Karya di atas bertajuk “ambush” atau serangan hendap yang dihasilkan oleh Rador Javor.Dalam karya diatas,kelihatan beberapa orang manusia yang menuju ke sesebuah bangunan.Terdapat juga pokok-pokok besar dan kecil dengan akar yang menjalar di serata kawasan tersebut.Selain itu,keadaan pada masa tersebut menggambarkan waktu malam dan kawasan tersebut dipenuhi dengan kabus.
       Seterusnya ialah analisis. Analisis merupakan lanjutan dari diskripsi dan dilakukan dengan menilai sesebuah karya melalui aspek formal seperti penggunaan prinsip rekaan dan unsur seni.Seperti karya-karya yang lain,dalam karya ini juga wujudnya unsur harmoni.Harmoni dapat dilihat melalui pokok-pokok dimana wujudnya pengulangan pokok yang sama dengan saiz yang berbeza.Selain itu,terdapat penggunaan warna panas dan sejuk yang mewujudkan harmoni sekaligus menjadikan karya lebih seimbang.
      Selain itu juga,imbangan dapat dilihat.Dalam karya diatas,wujudnya imbangan tidak simetri iaitu unsur seni tidak sama di kedua-kedua bahagian karya tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan keseimbangan.terdapat juga penggunaan unsur seni garisan.Dalam karya “ambush” terdapat pelbagai jenis dan saiz garisan yang digunakan oleh pengkarya.Sebagai contoh,penggunaan garisan pada pokok bagi mewujudkan fokus dan pergerakan bagi akar pokok tersebut.


           


                                    Tema : The Great Wave of Kanagawa
                                                  Tahun : 1832

                                                  Pengkarya : Hokusai
    Karya ini merupakan karya yang amat terkenal sama ada di Jepun atau di seluruh Asia. Karya ini menunjukkan 2 buah perahu yang dinaiki oleh sejumlah orang yang sedang mengharungi ombak yang besar.Manakala datar belakang karya ini terdapatnya Gunung Fuji yang dapat melambangkan kejadiaan ini berlaku di Jepun.

   Segi analisis pula, karya ini mempunyai komposisi yang cantik dan seimbang kerana pengkarya menggunakan sepenuhnya ruang yang ada. Garisan-garisan yang berulang pada ombak yang besar ini dapat menimbulkan kesan ilusi dan sekali gus dapat memberi kesan dramatik pada karya. Warna yang digunakan pada karya ini agar minimum tetapi ia dapat menimbulkan kesan harmoni dan selesa dipandang.

   Interperetasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan mesej bahawa dalam kehidupan kita, terdapatnya pelbagai cabaran, kerjayaan dan kegagalan seseorang itu amat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan seseorang itu dalam menempuhi cabaran atau rintangan.Ombak besar ini seumpama satu cabaran, sekira kita dapat menempuhi cabaran itu, maka kita dapat berjaya dalam kehidupannya.

Sudut pertimbangan pula, karya ini berjaya menyampaikan mesej, tetapi karya ini kurang menampakkan sebagai karya cetakan blok kayu kerana karya ini kurang menampakkan kesan urat-urat kayu pada karya.








       Tajuk karya yang ingin saya sampaikan adalah Juego de domino daripada pelukis yang bernama José Rodríguez Fuster dari Cuban.Karya ini dihasilkan pada tahun 2008.Menggunakan media cat minyak untuk menghasilkan karya ini.
       Deskripsi yang boleh dihuraikan melalui karya ini adalah karya ini mempersembahkan empat individu yang berlainan jantina iaitu dua orang lelaki yang memakai topi dan dua orang wanita dengan rambut yang panjang.Terdapat juga seekor ayam,sebuah meja,kipas,tikar,daun kad dan juga botol.
Analisis seni yang boleh dilihat melalui karya ini adalah keharmonian.Keharmonian melalui karya ini adalah pengulangan corak pada tikar atau permaidani yang berulang-ulang.
       Pengulangan atau keharmonian warna juga dapat dilihat menerusi pengulangan warna pada tikar atau permaidani tersebut yang banyak mengulangi warna seperti biru,hijau,jingga dan kuning.Penegasan juga boleh dilihat dalam karya tersebut iaitu setiap objek natural dan tidak natural menggunakan garisan hitam untuk menegaskan setiap objek.Kontra juga dapat dilihat menerusi karya ini iaitu pengkarya menggunakan warna panas dan sejuk.Warna panas yang terdapat dalam karya tersebut adalah warna kuning dan merah.Warna kuning yang terdapat dalam karya ini adalah warna pada meja dan topi.
      Warna merah pula dapat dilihat menerusi pakaian yang dipakai oleh wanita tersebut dan juga pada balung ayam tersebut.Warna sejuk yang terdapat dalam karya ini adalah warna-warna yang nyaman seperti warna hijau yang terdapat pada lantai atau latar belakang karya yang dihasilkan.Keseimbangan juga dapat dilihat dalam karya tersebut iaitu keseimbangan dalam menggunakan warna panas dan juga warna sejuk.Begitu juga dengan penggunaan objek hidup dan tidak hidup.Penggunaan objek hidup dan tidak hidup diseimbangkan.



                          

                                                              Tema : The Kiss
                                                              Tahun : 1897-1898
                                                              Pengkarya : Edvard Munch
                                                              Saiz: 59 x 45.7 cm

     Karya ini menunjukkan percintaan antara sepasang figura lelaki dan perempuan yang sedang mencium (kissing) dengan tidak mengira suasana di persekitaran. Aksi mereka berdua ini yang mesra dan dapat menunjukkan bahawa mereka sedang mengelamun percintaan dan percintaan ini adalah tulus. 
    Segi analisis pula,karya ini terdapat unsur penegasan iaitu subjeknya berada ditengah-tengah dan kelihatan seimbang dengan sekelilingnya dipenuhi dengan garisan-garisan yang membentuk tekstu. Selain itu, imej iaitu anatomi yang dicetak dalam bentuk 2 dimensi yang menyerupai rupa atau imej yang tidak mempunyai bentuk yang lengkap dapat dilihat menerusi karya ini.Karya ini lebih berunsurkan alam khayalan kerana rupa figuranya yang bengkang-bengkok.

    Sudut interpretasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kemuliaan percintaan.Percintaan yang mulia adalah kesanggupan dua pihak saling berkorban. Mereka perlu saling bantu membantu tanpa mengira tempat dan situasi.

     Segi pertimbangan pula, karya ini memang berjaya menyampaikan mesej iaitu percintaan antara sepasang kekasih.

          





No comments:

Post a Comment